Pukul Pelajar | 11 remaja tingkatan dua hingga lima direman

2022-04-19 25

Seramai 11 pelajar sekolah berasrama di Kuala Nerus ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, kesemua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis.